04 August 2009

PROLOG BELIA 4B KUALA SIALANG

Salam Sejahtera,

Secara amnya, pembangunan Belia di Kg. ini sedang melalui proses tranformasi agar selaras dengan matlamat pembangunan negara yang ingin melihat golongan belia khususnya di kg. Kuala Sialang ini sebagai satu kolompok yang penting dalam usaha Kerajaan membangunkan modal insan.

Namun demikian, sebahagian besar pergerakan pertubuhan belia masih bertahan dengan mengekalkan identiti asal.Untuk itu, bagi pandangan yang lebih terarah, Gerakan Belia 4B Cawangan Kuala Sialang turut punyai visi dan matlamat sendiri dengan membuat satu tranformasi melalui kepimpinan dan perjalanan pertubuhan itu sendiri.

Kehendak generasi belia hari ini mungkin berbeza dengan kehendak belia sebelum ini. Cara mereka berfikir dan cara mereka bertindak dipengaruhi oleh persekitaran di mana mereka dibesarkan. Pertubuhan belia di Kg. Kuala Sialang ini juga perlu di lihat sebagai satu perubahan satu cabaran.Jika perlu, perubahan mesti dilakukan baik dari segi agenda perjuangan atau barisan kepimpinan belia itu sendiri yang dapat mengadaptasi keperluan semasa.

Justeru, apa yang digambarkan belia dalam era ini harus dipandang dan diberi bimbingan serta pemantauan dengan sebaik mungkin dan bersistematik agar Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kuala Sialang ini wujud sebagai satu pertubuhan yang berdaftar supaya ianya dapat bergerak secara lebih teratur, cekap dan efisyen.

Semoga pertubuhan belia di Kg. Kuala Sialang ini dapat berperanan sebagai ‘one stop center’ bagi penganjuran aktiviti dan sebarang program.Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kuala Sialang. Bahkan diharapkan juga ianya mendapat pendekatan ‘community driven project’ atau projek yang didorongi masyarakat agar dapat direalisasikan secara lebih meluas dengan diterajui oleh pertubuhan belia dari seluruh peringkat.

Selamat Maju Jaya.


“BERSATU * BELAJAR * BEKERJA * BERKHIDMAT”